Terkini

Video: Kakitangan perubatan swasta cuai tertukar bayi dengan bayi pasangan lain

Jitra: Suami isteri mendakwa kakitangan pusat perubatan swasta di Bandar Darulaman, di sini, cuai sehingga bayi perempuan mereka berusia tiga hari tertukar dengan bayi pasangan lain selepas bersalin Selasa lalu.


Kakitangan perubatan swasta cuai tertukar bayi dengan bayi pasangan lain
Kakitangan perubatan swasta cuai tertukar bayinya dengan bayi pasangan lain
Nik Ahmad Sabri Mohamad Yusoff, 37, berkata, isterinya, Mahani Zakaria, 36, melahirkan bayi kelima mereka di pusat perubatan itu pada 4.04 petang selepas dua jam bayi perempuan satu lagi pasangan lain dilahirkan di bilik bersalin sama.


Katanya, ketika itu, isterinya mendakwa hanya dimaklumkan dia selamat melahirkan bayi perempuan secara vakum dan tidak diberi peluang untuk melihat bayi mereka.

“Kami tidak mengesyaki apa-apa dan terus pulang ke rumah selepas isteri serta bayi dibenarkan pulang pada 3 petang semalam sebelum dihubungi semula pada 8 malam memberitahu bayi kami tertukar.


“€œIsteri saya tidak henti menangis mengenangkan apa yang berlaku disebabkan kecuaian kakitangan pusat perubatan itu, malah kami dimaklumkan paling cepat keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) diperoleh dalam tempoh lima hari,” katanya.


Sumber : myMetro


No comments