Video: Program di UiTM Lendu ‘Meriah’ Macam Dalam Disko

Macam dalam disko! Inilah gambaran yang boleh diberikan apabila menonton rakaman video berdurasi 17 saat dalam sebuah program yang diadakan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Lendu, Melaka.


Video: Program di UiTM Lendu ‘Meriah’ Macam Dalam Disko

Video itu mendapat lebih seribu perkongsian dan komen oleh pelayar laman sosial dengan hashtag #madslendu dan #madsymptom.

Menurut maklumat yang diterima Ismaweb, program Melaka Art Design Student (MADS) melibatkan pelajar dan pensyarah Fakulti Seni dan Reka Bentuk (Art and Design Faculty) itu diadakan pada 24 Januari sekitar jam 9 hingga 12 malam di universiti tersebut.


Ia adalah penganjuran oleh Hal Ehwal Akademik UiTM dan Fakulti Art and Design, yang mana sebahagian daripada program tahunan fakulti untuk mengeratkan sillaturahim dalam kalangan pelajar.

Namun, ia berubah menjadi ‘liar’ selepas ia didakwa menerima campur tangan oleh pensyarah dan penganjur sehingga keadaan program itu tidak dapat dikawal.

Jelasnya, program malam itu sama seperti berada di dalam pusat hiburan dan disko malah persembahan pada malam program itu juga didakwa mempunyai unsur-unsur lucah.


Saksikan video di bawah:



Bagaimanapun, sumber menafikan dakwaan berhubung terdapat pengaruh dadah dan alkohol pada malam itu sebagaimana yang didakwa oleh pengguna laman sosial. - Sumber: ismaweb


No comments