Terkini

Video: Warga Asing Dicekup Buat Aksi 'Ala-Spiderman'

Beberapa orang warga asing bertindak nekad apabila sanggup menggadaikan nyawa dengan menuruni pangsapuri yang didiami dengan cara `ala Spiderman’ semata-mata mahu melarikan diri daripada dicekup pihak berkuasa.


Video: Warga Asing Dicekup Buat Aksi 'Ala-Spiderman'

Kejadian dilapor berlaku di pangsapuri yang terletak berhampiran Pasar Borong Selayang semalam.

Aksi mereka itu telah dirakam orang ramai yang berada di lokasi dan kemudian memuat naik video berkenaan ke laman sosial.


Berdasarkan pemerhatian pada video yang tersebar, warga asing terbabit cuba meloloskan diri daripada ditangkap oleh sepasukan polis, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi Pelarian dan Jabatan Imigresen yang melakukan operasi bersepadu di kawasan Pasar Borong Selayang dan kawasan berhampiran.

Sementara itu, menurut laporan The Star Online, ratusan pendatang asing tanpa izin (PATI) berjaya ditahan dalam operasi itu.

Ia dilakukan ekoran beberapa siri serangan di pasar Borong Selayang dan insiden tembakan pada 13 Januari lalu.

Menurut laporan itu, terdapat warga asing yang cedera akibat terjatuh di atas bumbung bangunan empat tingkat itu dan ada juga yang cuba menyembunyikan diri di dalam tangki air.




No comments