Terkini


Zeti Harap Siasatan 1MDB Dimuktamadkan Sebelum Perkhidmatannya Berakhir

Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berharap siasatan terhadap 1Malaysia Development Bhd (1MDB) akan dimuktamadkan sebelum tempoh perkhidmatannya berakhir pada April.


Zeti Akhtar Aziz

"Saya berharap ia dapat dimuktamadkan pada masa itu supaya saya boleh menyerahkan rekod yang bersih kepada gabenor akan datang," katanya kepada saluran perniagaan yang berpangkalan di Amerika Syarikat, CNBC dalam satu temu bual eksklusif.


Zeti berkata siasatan dijalankan pelbagai agensi ke atas pelbagai aspek syarikat pembangunan strategik itu dan bank pusat tersebut memuktamadkan bahagiannya.


Beliau berkata tindakan penguatkuasaan diambil dan apabila ia dimuktamadkan, hasilnya akan dimaklumkan.

"Bagaimanapun, sudah tentu, bukan kami sahaja pihak berkuasa penyiasatan, terdapat juga pihak lain dan ia sedang dijalankan.

"Semua orang mahu perkara itu selesai supaya mata wang akan mencerminkan asas-asas kita dengan lebih baik dan kita boleh menangani isu-isu ekonomi lain yang dihadapi negara," katanya. – Bernama, 22 Januari, 2016.



No comments