Terkini

22 GAMBAR Bendera BN Dipasang Terbalik Sebagai Tanda Protes MB Baru?

ALOR SETAR: Selepas dua minggu kemeluk politik UMNO Kedah terjadi sehingga berlakunya pertukaran kepimpinan, nampaknya ramai penyokong tidak berpuas hati dengan tindakan berkenaan.



Terbaru, beberapa bahagian akar umbi yang merupakan penyokong UMNO telah melakukan protes kepada parti Melayu terbesar berkenaan apabila beberapa kawasan di Kedah telah dipenuhi bendera Barisan Nasional yang dipasang terbalik.


Perbuatan itu mula diviralkan di laman sosial sejak 7 Februari lalu melibatkan beberapa lokasi di sekitar Jerlun, Jerai, Kuala Kedah, Kubang Pasu dan Bandar Baharu.

KUALA KEDAH






KUPANG, BALING




BAKAR BATA, ALOR SETAR




YAN






KUBANG PASU






Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Penerangan Umno Kedah, Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid turut mengesahkan menerima maklumat tersebut setelah ia diviralkan di media sosial, baru-baru ini.

“Saya percaya tindakan protes di satu-satu kawasan itu mungkin berlaku tapi belum dapat gambaran sah daripada Umno Bahagian berkenaan.

“Kita tidak mahu ambil tindakan drastik, sebaliknya minta Umno Bahagian salurkan maklumat berkaitan untuk memudahkan kita mengambil tindakan,” katanya.

Menurut beliau, perbeza pendapat sesama individu dan pemimpin adalah perkara biasa tetapi memasang bendera parti terbalik adalah keterlaluan.

“Bermacam kemungkinan boleh berlaku termasuk sabotaj daripada pihak luar. Bagaimanapun, setiap Umno Bahagian tahu apa tindakan yang harus mereka lakukan,” katanya.

Dalam pada itu, Pegawai Perhubungan Awam Majlis Daerah Kubang Pasu (MDKP) Zainal Abidin Muhamad ketika dihubungi mengesahkan insiden bendera BN digantung dalam keadaan terbalik, baru-baru ini.

“Kita ada menerima aduan berhubung kejadian bendera parti digantung terbalik di beberapa lokasi sekitar Jerlun. Tapi antara lokasi yang kita dapat kesan adalah di Padang Perahu.

“Pihak Penguatkuasa MDKP juga telah diarah menurunkan semua bendera tersebut pada hari berkenaan dengan segera,” katanya.



No comments