Terkini


Adira Mengandung? Ini Penjelasan 'Terbaik' Beliau

Penyanyi Adira Suhaimi, 25, mengambil keputusan berdiam mengenai desas-desus kehamilannya tersebar di media sosial, sebaliknya meminta semua pihak mendoakan yang terbaik buat beliau dan suami.


Adira Mengandung? Ini Penjelasan 'Panas' Beliau

"Minta maaf...buat masa ini saya tidak boleh memberikan sebarang komen kerana asalnya berita itu bukan keluar dari mulut kami.

"Cuma apabila diucapkan ramai orang, ia umpama doa buat kami. Apa yang dapat saya kongsi, doakan perkara yang baik-baik buat saya dan suami.


"Lagipun banyak hati yang perlu dijaga dan saya memilih untuk mengunci mulut buat sementara waktu. Harap semua faham" katanya seperti yang dilaporkan BH Online.


Adira Mengandung?


Berita kehamilan pelatun lagu Hilang itu bertebaran di sosial media apabila suaminya, Datuk Seri Adnan Abu, 38, meninggalkan komen gambar botol susu.

Terdahulu, pelantun lagu Ada Kamu itu mendedahkan beliau telah berkahwin di Songkhla, Thailand.



No comments