Ahmad Bashah, tidur atau menghayati titah ucapan Sultan?

ALOR STAR: Gambar yang menunjukkan seolah-olah Menteri Besar Kedah yang baharu, Datuk Seri Ahmad Bashah Hanipah ‘terlena’ ketika Majlis Angkat Sumpah di Istana Anak Bukit, pagi ini, menjadi perkongsian hangat di media sosial.


Ahmad Bashah, tidur atau menghayati titah ucapan Sultan?
Ahmad Bashah, tidur atau menghayati titah ucapan Sultan?
Gambar yang menunjukkan Ahmad Bashah ‘pejam mata’ itu dirakam ketika siaran langsung Majlis Angkat Sumpah di TV1.

Ia terus menjadi topik perbualan netizen yang masih lagi kecewa dengan penyingkiran Datuk Seri Mukhriz Mahathir.


Sebelum ini, gambar Ahmad Bashah ‘terlena’ dalam Majlis Penganugerahan Pingat sempena Keputeraan Sultan Kedah menjadi bahan untuk orang ramai mempersendakan beliau.

Menteri Besar Kedah ke-12 itu bagaimanapun menafikan beliau terlena sebaliknya mendakwa video itu telah diedit dan beliau hanya pejam mata kerana menghayati titah ucapan Sultan Kedah.


Semalam, ketika ditanya apakah amanat kepada Menteri Besar baharu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dengan sinis berkata, beliau berharap Ahmad Bashah tidak terlena ketika majlis angkat sumpah.

Sementara itu, netizen memberikan komen-komen pedas kepada Ahmad Bashah susulan penyebaran gambar seolah-olah beliau ‘terlena’ itu.

“Itu saja je konon-konon dia memang jenis ambil feel dengan ucapan. Nak memperbodohkan orang lain. Kalau jenis auta ini memang cari jalan je. Harap-hara berdengkur atau tersembam betul-betul,” Hairul Basser Ibrahim.

“Kesian la sikit kat dia. Malam tadi tak boleh tido. Hati dupdapdupdap je menanti jawatan pagi hari,” komen Mohd Faidzul Sharufuddin.

“Ini pemimpin yang setia, akan majukan negeri sambil tidur ketuk sama kepala dia,” komen Sivanesh Nash.

“Tido lagi ke tu orang tua dah kurang stamina. Asyik nak tido je la cari ilham,” kata Norlie Hayati. - Free Malaysia Today.



No comments