Aktivis Lukis Gambar Badut PM Akan Terus Mengkritik

KUALA LUMPUR: Selepas diambil keterangan lebih satu jam oleh polis, aktivis Fahmi Reza yang melukis imej Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam watak badut menyatakan dia akan terus mengkritik menerusi lukisannya.


Aktivis Lukis Gambar Badut PM Akan Terus Mengkritik

Katanya, lukisan politik berbentuk sindiran terhadap pemimpin politik dan kerajaan akan diteruskan jika mereka melakukan kesalahan.

“Saya akan terus melukis (gambar) sindiran, mengkritik pemimpin politik dan pemimpin kerajaan jika mereka lakukan kesalahan,” katanya di luar Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini hari ini.


Sementara itu, Fahmi turut percaya dia tidak ditangkap polis pada hari ini kerana dia memberikan kerjasama penuh kepada mereka.

“Pada pendapat saya kenapa saya tak kena tangkap hari ini, pertama, sebab saya beri kerjasama kepada polis, saya jawab semua soalan dengan jujur dan mereka boleh melihatnya,” katanya.

Tambahnya, dia mungkin ditangkap sekiranya tidak memberikan kerjasama kepada polis.

Katanya, polis juga meminta kata laluan dan ‘username’ facebook, twitter dan instagram miliknya.

“Adalah tidak munasabah untuk saya memberi mereka kata laluan itu. Ia tidak munasabah khususnya kepada orang-orang yang ‘follow’ saya dalam facebook, twitter.. Oleh itu, saya tidak mahu, namun saya sediak beri kerjasama.

“Akhirnya kami capai satu persetujuan untuk tidak memberi kata laluan, tetapi boleh pergi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk ‘login’ akaun saya dan saya akan pantau apa yang mereka sedang mencari,” katanya.

Fahmi juga menyatakan dia juga akan ke SKMM esok pada jam 11 pagi untuk memberi keterangan.

Untuk rekod, Fahmi disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia dan Seksyen 504 Kanun Keseksaan, lapor Free Malaysia Today



No comments