Terkini


Anak perempuan Mukhriz ucap terima kasih kepada rakyat Kedah

Anak perempuan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Meera Alyanna Mukhriz menulis coretan untuk ayahnya di Instagram miliknya.


Meera Alyanna Mukhriz
Meera Alyanna Mukhriz
Dalam coretan di Instagramnya, Meera Alyanna atau dikenali Ally Mukhriz menyatakan adalah menyedihkan seseorang yang baik kalah tetapi dan seperti yang pernah dinyatakan oleh seseorang kepadanya, Allah SWT mempunyai perancangan untuk semua orang.

“Saya tidak akan berpura-pura bahawa saya tahu politik. Malah, saya tak tahu langsung. Tetapi apa yang saya tahu awak (Mukhriz) secara peribadi, saya tahu awak adalah seorang yang hebat.


“Sebagai anak perempuan awak, saya amat berterima kasih untuk semua yang telah awak berikan kepada saya dan saya tahu bahawa menjadi Menteri Besar Kedah merupakan satu peluang dan pengalaman,” katanya yang turut memuat naik gambarnya bersama ayahnya.

Menurut Ally, Mukhriz merupakan seorang yang berdedikasi dan telah mencurahkan hati dan jiwanya dalam pekerjaannya sebagai Menteri Besar.

“Oleh kerana awak begitu sibuk, saya menggunakan masa berharga yang saya ada (kadang-kadang hanya beberapa jam seminggu) untuk menghabiskannya bersama awak, di mana awak menggalakkan saya untuk menyemak artis tempatan Kedah atau pakaian baharu buatan tempatan.

Meera Alyanna Mukhriz
Meera Alyanna Mukhriz (Foto IG)
“Belum lagi, bagaimana terujanya awak apabila menyaksikan setiap perlawan bolas sepak (go Hijau Kuning). Jadi saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengatakan awak telah melakukan yang terbaik dan saya begitu bangga dibesarkan oleh awak (dan ibu),” katanya.

Ally dalam masa yang sama turut melahirkan ucapan penghargannya kepada rakyat Kedah kerana menyambutnya sekeluarga walaupun tidak dapat mengucapkannya secara rasmi.

I am honoured to call you my father. A person with integrity, perseverance and strong will. It's upsetting to see the good guys lose but as someone once said to me, Allah SWT has a plan for us all. I am not going to pretend that I know politics. In fact, I know nothing at all. But as I know you personally, I know that you are a great man. As your daughter, I am very grateful for all that you have given me and I know that being Kedah MB was a great opportunity and experience for you - one you honoured greatly. You were dedicated and you poured your heart and soul in your job. Since you were so busy, I valued the time I had (sometimes only a few hours a week) that I got to spend with you where you would encourage me to check out local Kedahan artists or new locally made clothes. Not to mention, how excited you were for each football match! (Go hijau kuning!) So I would like to take this opportunity to say, you did the best you could've and I'm so very proud to be raised by you (and mummy)! And to Kedah, even though I didn't get to say my official goodbyes, thank you so much for welcoming us and thank you for being so wonderful!
A photo posted by Meera Alyanna Mukhriz 💫 (@ally.mukhriz) on

Pada 3 Feb lalu, Mukhriz membuat pengumuman melepaskan semua jawatan yang disandang di negeri Kedah termasuk jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri dan Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah.

Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah merupakan individu yang dipilih menggantikan Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu.



No comments