Anzalna Bak Bidadari, Di Maljis Resepsi (24 Gambar, 2 Video)

PERWATAKAN lemah lembut dan sopan pelakon jelita Anzalna Nasir, membuat dirinya bak bidadari ketika menggayakan gaun perkahwinan masterpiece rekaan Cosry berwarna pastel ketika majlis resepsinya, malam semalam.



Penampilan Anzalna yang anggun bersanggul dan mengenakan veil dilengkapi sang suami, Hanif Zaki yang memakai sut hitam beriben. Majlis resepsi perkahwinan sebelah pengantin perempuan itu diadakan di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur.























Kehadiran muka-muka glamor memeriahkan lagi majlis serba indah yang dilatari ribuan kuntum bunga segar.






Antara yang hadir ialah Nora Danish,Lisa Surihani, Fazura, Rozita Che Wan, Hanis Zalikha, Hairul Azreen, Elfira Loy dan ramai lagi. Majlis resepsi di sebelah pihak Hanif akan diadakan pada 3 April ini di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur.


No comments