Top Ad unit 728 × 90

recent

Banjir Kian Teruk, Mangsa Meningkat Kepada 7,931 Orang Di Sarawak

KUCHING - Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di bahagian Kuching, Serian dan Samarahan meningkat awal pagi ini sehingga menjangkau 7,931 orang daripada 2,033 keluarga berbanding 5,769 orang daripada 1,527 keluarga malam tadi.


Banjir Kian Teruk, Mangsa Meningkat Kepada 7,931 Orang Di Sarawak
Permandangan dari udara keadaan banjir di Kampung Endap, Kota Samarahan, kira-kira 30 kilometer dari Kuching.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pertahanan Awam Sarawak, Siti Huzaimah Ibrahim berkata jumlah pusat pemindahan (PP) banjir juga bertambah menjadi 47 buah berbanding 31 malam tadi.


Beliau berkata sehingga pukul 6 pagi, 24 PP dibuka di daerah Kuching berbanding lapan malam tadi sementara di daerah Bau kekal sebanyak sembilan buah.

Katanya bahagian Serian kekal sebagaimana malam tadi dengan tujuh PP di daerah Serian serta satu di daerah Padawan, dan bahagian Samarahan juga kekal dengan enam PP di daerah Kota Samarahan.

Menurutnya keadaan cuaca awal pagi ini di bahagian-bahagian berkenaan kelihatan lebih baik berbanding sejak tiga hari lepas. - BERNAMA



Banjir Kian Teruk, Mangsa Meningkat Kepada 7,931 Orang Di Sarawak Reviewed by Adam Hakimie on February 22, 2016 Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by OhDunia.My © 2014 - 2015
Share by GFXFree.Net

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.