Terkini

Bayi Diisytihar Mati, Hidup Semula Selepas 15 Jam

JINHUA, CHINA: Seorang bayi yang diisytiharkan mati terjaga dan menangis selepas 15 jam ditempatkan di bilik mayat dengan suhu negatif 15 darjah Celsius.


Bayi Diisytihar Mati, Hidup Semula Selepas 15 Jam

Lebih menarik lagi, dia terjaga sejurus sebelum dibakar.

Kakitangan di Rumah Mayat Pan’an di Zhejiang, wilayah di timur China, serta-merta membawa bayi lelaki berusia sebulan itu ke hospital selepas menyedari dia masih hidup pada 5 Februari, lapor portal berita People’s Daily.


Bayi yang bernama An An itu kini dirawat di unit rawatan rapi Hospital Besar Pan’an.

Menurut laporan, bayi itu dilahirkan tidak cukup bulan pada 8 Januari dengan berat 1.39 kilogram.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

-Harian Metro



No comments