“Benar saya dan Atita sudah bernikah Jumaat lalu.” - Nas-T

Khabar angin yang mengatakan Nas-T dan selebriti Instagram (Instafamous), Atita Haris, sudah bernikah Jumaat lalu akhirnya terjawab apabila pelakon lelaki itu sendiri mengesahkan berita tersebut.


“Benar saya dan Atita sudah bernikah Jumaat lalu.”  - Nas-T

Memetik laporan mStar online, Nas-T atau nama sebenarnya Nas Muammar Zar Nasruddin bagaimanapun enggan mendedahkan mengenai perkahwinan itu sebaliknya akan berbuat demikian pada sidang media khas yang akan dianjurkan pada Rabu ini.

BACA: Majikan satukan kami, cadangkan supaya saling berkenalan - Nas-T

"Benar saya dan Atita sudah bernikah Jumaat lalu. Tetapi saya tidak boleh jelaskan dengan lebih terperinci mengenai perkara ini. Tunggu sidang media nanti," katanya.


Menurutnya, dia tiada niat untuk merahsiakan perkahwinan itu, sebaliknya mahu semua pihak termasuklah pengamal media mendapat tahu serentak menerusi sidang media khas yang akan dianjurkan..

Selain itu, Nas-T turut telah mengubah status profil di akaun Facebook miliknya sebagai mod sudah berkahwin.

Perkenalan Nas-T dan Atita bermula apabila pemilik sebuah produk yang melantik mereka sebagai duta memperkenalkan mereka atas sebab kedua-duanya masih lagi solo pada tahun lalu.

Atita merupakan seorang ibu tunggal beranak satu.

Nas-T sebelum ini pernah menjalinkan hubungan cinta dengan Nabila Huda.



No comments