Terkini

"Berdamai Tiada Masalah, Tapi Fitnah Dia Jawab Di Akhirat" - Zamihan

SHAH ALAM - Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja), Zamihan Mat Zin sedia menyambut salam perdamaian daripada Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.


"Berdamai Tiada Masalah, Tapi Fitnah Dia Jawab Di Akhirat" - Zamihan
"Berdamai Tiada Masalah, Tapi Fitnah Dia Jawab Di Akhirat" - Zamihan
“Saya sedia maafkan Dr Asri. Tapi dia tetap bertanggungjawab di akhirat kerana fitnah terhadap saya," katanya, kelmarin.

Sebelum ini, Mohd Asri pada majlis Diskusi Santai: Ekstremisme Agama di Malaysia, pada 17 Februari lalu, telah menghulurkan salam harmoni dan perdamaian kepada Zamihan.


Menurut Mohd Asri, perdebatan dalam perkara yang tidak besar dalam agama perlu dihentikan.

Sementara itu menurut Zamihan, beliau tiada masalah untuk berdamai seperti yang diinginkan, namun Mohd Asri perlu bertanggungjawab di depan ALLAH SWT kerana menuduhnya sebagai Syiah.

"Dia fitnah saya sebagai Syiah sejak 2001. Dia yang mulakan dulu. Saya tidak kenal dia dan dia tidak kenal saya, tetapi dia boleh tulis dalam akhbar mengatakan saya Syiah. Berdamai tiada masalah, tetapi fitnah dia jawab di akhirat,” kata Zamihan.

Zamihan berkata, kalau benar mahu perkara ini diselesaikan dan dibincang secara ilmiah, beliau menuntut pertemuan dalam sidang Majlis Fatwa Kebangsaan.

“Biar mufti yang buat keputusan sama ada saya salah dia betul atau saya betul dia salah,” katanya.

Sumber: Sinar Harian



No comments