Berlakon Filem Homoseksual?: Aeril Zafrel Beri Penjelasan

Baru-baru ini, pelakon Aeril Zafrel mencetus kontroversi di laman sosial apabila beliau menaik satu gambar poster yang bertajuk Crystal Soul di akaun Instagram miliknya.


Berlakon Filem Homoseksual?: Aeril Zafrel Beri Penjelasan

Gambar terbabit yang memaparkan aksi dua lelaki di sebalik cermin tanpa memakai pakaian telah mendapat pelbagai reaksi dari pengguna media sosial yang kebanyakannya kurang senang dengan gambar terbabit.


Lebih dari itu ada juga yang mengkritik Aeril dan juga aktor Nazim Othman dengan mengatakan mereka berlakon di dalam filem homoseksual.

Namun, Aeril akhirnya tampil memberi penjelasan tentang gambar tersebut. Memetik penjelasan Aeril kepada Sinar Online, beliau berkata filem tersebut adalah projek terbaru yang juga filem kedua arahannya.

“Tidak dinafikan, saya memuat naik gambar poster berkenaan dan menurunkan ia selepas tiga jam.

“Saya berbuat sedemikian kerana ia adalah sebahagian dari kajian mengenai pandangan orang mengenai filem ini. “Saya ingin lihat sama ada orang sedar dengan kapsyen gambar yang saya muat naik atau hanya membuat penilaian daripada gambar sahaja.

Berlakon Filem Homoseksual?: Aeril Zafrel Beri Penjelasan

“Bagaimanapun saya tidak marah atau melatah dengan semua komen yang ditinggalkan kerana itu adalah pandangan mereka dan saya hormati apa yang mereka katakan,” jelasnya.

Menceritakan lebih lanjut mengenai filem tersebut, Aeril berkata dia kini masih menunggu rombakan skrip dari penulis skrip, AbbanNamus.

“Saya belum lagi memulakan penggambaran filem ini kerana masih menunggu skrip yang kini sedang dirombak oleh penulis skrip.

“Filem ini berkaitan ilusi optikal; di mana apa yang kita lihat tidak semestinya kita nampak. “Ia tidak ada kena mengena langsung dengan LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender),” katanya. – Siakapkeli.my



No comments