Terkini


Buat kecoh di media sosial, Anak saudara dilarikan penculik

Kuantan: Seorang pembantu pentadbiran mencetuskan kekecohan di laman sosial apabila mendakwa Proton Waja miliknya termasuk anak saudaranya berusia empat tahun yang berada dalam kenderaan itu dilarikan penculik di depan sekolah di Jalan Gambut, di sini, semalam.


Buat kecoh di media sosial, Anak saudara dilarikan penculik
Kereta yang dialihkan orang ramai ke kawasan berhampiran

Bagaimanapun, difahamkan kereta lelaki berusia 29 tahun itu dialihkan orang ramai ke kawasan berhampiran kerana dipercayai menghalang lalu lintas di jalan berkenaan.


Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, dalam kejadian jam 7.45 pagi, lelaki terbabit dipercayai meletakkan kenderaannya berhampiran pintu masuk sekolah berkenaan.

Beliau berkata, memandangkan hujan lebat, lelaki terbabit menghantar anak saudaranya iaitu murid lelaki berusia tujuh tahun memasuki bangunan sekolah berkenaan.

“Bagaimanapun, mungkin kerana mahu cepat, dia meninggalkan seorang lagi anak saudaranya yang berusia empat tahun (perempuan) di dalam kenderaan dikunci itu.

“Namun, selepas keluar dari sekolah berkenaan, lelaki terbabit mendapati keretanya tiada di tempat berkenaan.

“Dia yang panik terus bergegas ke Balai Polis Kuantan membuat laporan sedangkan ada orang yang terlebih dulu mengalihkan kenderaan berkenaan,” katanya

Beliau mengulas dakwaan kenderaan dengan kanak-kanak perempuan di dalamnya yang diletakkan di depan sekolah di bandar ini dilarikan individu tidak dikenali. - Bernama



No comments