Budak 15 Tahun Dipancung Militan IS Hanya Kerana Mendengar Lagu?

Seorang remaja dipancung oleh militan IS selepas ditangkap mendengar muzik pop menerusi pemain CD mudah alih.


Budak 15 Tahun Dipancung Militan IS Hanya Kerana Mendengar Lagu

Memetik laporan portal antarabangsa, MDetro.co.uk, Ayham Hussein, 15, ditahan oleh kumpulan militan itu ketika mendengar muzik di kedai runcit milik bapanya di barat Mosul, Iraq.


Ayham dipaksa hadir pada perbicaraan mahkamah Islamist dan kemudiannya dihukum pancung di hadapan masyarakat umum.

Mayatnya diserahkan kepada keluarganya pada Selasa lalu.

Ia dipercayai kes pertama di bandar tersebut dan mencetuskan kemarahan masyarakat tempatan.

MESTI BACA: Video: Hillary Clinton akui ISIS dicipta Amerika untuk pecah belah Islam

Dalam satu kenyataan dua tahun lalu, kumpulan itu telah menyatakan pengharaman ke atas lagu-lagu atau muzik dimainkan sama ada dalam kereta, di tempat awam, kedai dan pasaraya.

IS juga turut melarang sebarang penggantungan poster potret di kedai dan pasaraya. Sumber: Sinar Harian



No comments