Terkini

Cerita Sebenar Mengenai Berita Penemuan Juruterbang MH370 Di Taiwan

Cerita Sebenar Mengenai Berita Penemuan Juruterbang MH370 Di Taiwan. Ada yang mengatakan beliau baru sedar selepas 16jam dan yang peliknya beliau terlupa namanya. Namun ini adalah berita sebenarnya...


Cerita Sebenar Mengenai Berita Penemuan Juruterbang MH370 Di Taiwan
Cerita Sebenar Mengenai Berita Penemuan Juruterbang MH370 Di Taiwan
KUALA LUMPUR: Laporan sebuah portal berita kononnya juruterbang pesawat MH370 yang hilang hampir dua tahun lalu ditemui selamat di Taiwan, adalah palsu.


Berdasarkan penelitian, wujud keraguan fakta dalam berita oleh worldnewsdailyreport.com kononnya Kapten Zaharie Ahmad Shah ditemui penduduk kampung di tebing Sungai Tangshui, Isnin lalu.

Laporan portal worldnewsdailyreport.com mengenai penemuan Kapten Zaharie di Tai
Laporan portal worldnewsdailyreport.com mengenai penemuan Kapten Zaharie di Taiwan

Ini kerana portal itu menggunakan gambar Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Datuk Dr S Jeyaindran sebagai Dr Syed Boon Sulong yang kononnya kini merawat juruterbang berusia 53 tahun itu.

TIMBALAN Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Datuk Dr S Jeyaindran
TIMBALAN Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Datuk Dr S Jeyaindran




No comments