Terkini

Dato' Seri Vida Letak Syarat ‘Khas’ Untuk Bayar Gaji Tunggakan Pemain TRW

Nampaknya isu Dato Seri Vida selaku Penasihat Kehormat Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW) dengan pasukan bola sepak Kelantan tidak pernah selesai.


Dato' Seri Vida Letak Syarat ‘Khas’ Untuk Bayar Gaji Tunggakan Pemain TRW
Dato' Seri Vida Letak Syarat ‘Khas’ Untuk Bayar Gaji Tunggakan Pemain TRW
Kali ini, Dato Seri Vida letakkan syarat baru jika mahukan dia membayar segala tunggakan gaji pemain pasukan TRW. Bahkan, dia sanggup melelongkan sebentuk cincin kesayangannya semata-mata untuk menyelesaikan segala hutang tersebut.


Antara syarat yang dikenakan ke atas pemain adalah sekurang-kurangnya lima orang pemain PQPTRW harus mengkhatam Al-Quran.

Saya ada bergurau tempoh hari mungkin saya akan lelong satu cincin saya untuk bayar tunggakan (pemain) dengan syarat lima orang (pemain) kena khatam al-Quran sekali atau lebih.

Saya akan ambil kira kesungguhan pemain. Anda mahu tunggakan gaji diselesaikan, jadi anda perlu ikut apa yang saya mahukan ini (khatam al-Quran).

Malah, tunggakan gaji yang akan pertimbangkan itu adalah untuk pemain musim ini sahaja. Bahkan, Dato Seri Vida menyarankan kepada pemain PQTRW yang beragama Islam supaya mengaji setiap petang sebelum memulakan sesi latihan.

Ia hanya untuk tunggakan gaji pemain sekarang. Buat masa ini, tunggakan tersebut dibayar secara berjadual.

Pemain tak boleh ponteng. Saya dah maklumkan kepada pemain sekurang-kurangnya satu jam kena khatam al-Quran. Saya akan cari guru mengajar al-Quran untuk mereka.

Dato' Seri Vida Letak Syarat ‘Khas’ Untuk Bayar Gaji Tunggakan Pemain TRW

Rasanya bagus juga saranan Dato Seri Vida itu. Apapun, semoga usaha Dato Seri Vida berbaloi.



No comments