DJ Paling Seksi Di Asia Lepas 'Geram' Dengan Pekerja MAS Di FB

KUALA LUMPUR: Model seksi yang juga DJ kelab malam, Leng Yein sekali lagi mencetuskan kontroversi di alam maya, namun kontroversi ini bukannya berkaitan pembedahan plastik melibatkan dirinya seperti sebelum ini.


DJ Paling Seksi Di Asia Lepas 'Geram' Dengan Pekerja MAS Di FB

Leng menerusi Facebook beliau menyatakan kekecewaannya berkenaan perkhidmatan pekerja Malaysia Airlines (MAS) terhadap salah seorang penumpang kapal terbang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).


"Setibanya saya di Malaysia, lelaki ini mempamerkan perangai terburuk sebagai seorang warga Malaysia. Seorang penumpang berbangsa India dihadapan saya menuju ke pintu keluar setelah turun dari pesawat.

"Lelaki (pekerja MAS) bernama Abdullah (650620045029) menahan individu tersebut dengan muka masam (seolah beliau menghadapi hari paing buruk)," katanya di Facebook.

Pekerja MAS


Pemenang tempat kedua 'Most Wanted Woman' majalah FHM itu menjelaskan beliau terkejut apabila pramugara tersebut dengan nada 'kurang ajar' bertanya 'MANA TIKET AWAK' kepada lelaki India tersebut.

Mengulas lebih lanjut, Leng, 30, menjelaskan lelaki India itu tidak menghiraukan sikap kurang ajar pekerja MAS tersebut dan apabila tiba gilirannya, Leng tidak melepaskan peluang untuk membalas 'budi' kepada pekerja berkenaan.

First thing i arrived Malaysia, this guy showed me the worst side of how a Malaysian behave. An indian passenger in...

Posted by Leng Yein on Monday, February 8, 2016

"Saya berada dibelakang dia (lelaki India) dan menunjukkan beliau (pekerja) tiket saya dan dia kata 'Kurang Ajar!'... Betul-betul dihadapan muka saya," tegas Leng.

Apabila Leng menyoal "Kenapa pekerja perkhidmatan sangat kurang ajar?" pekerja tersebut menjawab: " Awak tak suka, awak buat aduan lah."

Leng Yein
Leng Yein
DJ seksi itu kemudiannya membuat aduan terhadap pekerja berkenaan dan memuatnaik ke laman Facebook sebagai bukti.

"Saya mahu menguji tahap efisyen syarikat kapal terbang yang saya sokong selama bertahun-tahun. Lihat samaada mereka mahu dengar apa yang penumpang katakan (saya sangat berharap) dan menghentikan sikap pekerja berlagak seperti boss dan salah laku dan mencabar penumpang membuat aduan," ujarnya.

Bagi mereka yang pernah menghadapi insiden sama seperti Leng, tindakan MAS terhadap pekerja seumpama ini sangat dinanti-nantikan. -mD



No comments