Terkini

Empat Pesalah Juvana Mengaku Suruh Budak Jilat Jalan Raya

Enam lelaki termasuk empat juvana yang terbabit dalam kes buli dua pelajar sekolah tingkatan dua yang dipaksa menjilat jalan dan menyalak seperti anjing sehingga menjadi viral di media sosial baru-baru ini, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini.


Empat Pesalah Juvana Mengaku Suruh Budak Jilat Jalan Raya

Tiga remaja lelaki berusia 17 tahun masing-masing mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan, manakala tiga lagi yang lain, iaitu Tan Jze Keong, 18 dan Lim Khoo Boo Kean, 19, serta seorang lagi juvana bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan dalam prosiding yang dijalankan secara tertutup itu.


Mengikut pertuduhan, mereka bersama-sama didakwa menyuruh dua pelajar sekolah menengah itu bersujud sambil menjilat jalan raya di kawasan belakang sekolah pada 1 tengah hari 29 Januari lalu.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika disabit kesalahan.

Majistret Fadzlin Suraya Mohd Suah kemudian membenarkan Tan dan Lim masing-masing diikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin manakala RM500 dengan seorang penjamin kepada empat yang lain serta menetapkan 10 Mac ini sebagai sebutan semula kes.

-Harian Metro



No comments