Terkini

Enjin Pesawat MAS Ke London Rosak Dalam Penerbangan

KUALA LUMPUR: Penerbangan Malaysia Airlines MH2 ke London terpaksa dilencongkan kembali ke Lapangan Terbangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ekoran kerosakan di bahagian enjin pesawat.


mas airline airbus A380

Laporan portal berita Mirror di United Kingdom berkata, pesawat Airbus A380 itu sudah terbang kira-kira 1 jam 30 minit di ketinggian 21,000 kaki sewaktu kerosakan tersebut dikenalpasti memaksa penerbangan tersebut berpatah balik ke KLIA.


Sewaktu mendarat, jabatan bomba sudah bersiap sedia sekiranya berlaku kemungkinan di atas landasan tetapi tiada penumpang atau kru dilaporkan cedera.

Mirror turut melaporkan, pesawat tersebut membuang minyaknya di udara berdekatan perairan Malaysia.



Malaysia Airlines Berhad (MAB) dalam tweet balasnya kepada salah seorang penumpang pesawat berkenaan berkata 'Hai, dimaklumkan bahawa penerbangan dilencongkan ekoran isu teknikan berkaitan enjin.

"Kami memohon maaf diatas kesulitan yang dihadapi."

MAB turut menjawab tweet balas seorang pengguna laman sosial mikro menggunakan nama Mamuputra dengan berkata, Hai, ingin diberitahu bahawa penerbangan dijadualkan berlepas semula jam 2.30pm sebagai MH2D. Kami memohon maaf diatas kesulitan yang dihadapi," kata MAB. -mD



No comments