Terkini

FinanceAsia letakkan Najib Menteri Kewangan tercorot di Asia

Sebuah portal kewangan di United Kingdom, FinanceAsia meletakkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di tangga kedua belas iaitu tangga tercorot sekali dalam senarai menteri kewangan seluruh Asia.


FinanceAsia letakkan Najib Menteri Kewangan tercorot di Asia
FinanceAsia letakkan Najib Menteri Kewangan tercorot di Asia
“Tahun lepas merupakan tahun yang sangat mencabar bagi ekonomi Malaysia. Negara itu mengalami pukulan hebat dua kali berikutan skandal politik yang menyelubungi dana negeri 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Juga ianya mengalami kejatuhan harga eksport utama, minyak,” katanya.


Menurut laporan portal itu, 1MDB telah mula menarik perhatian yang tidak diingini pada awal 2015 selepas bergelut untuk menyelesaikan pinjaman sebanyak RM2billion ($ 563,000,000).

“Masalah pembiayaan berkenaan merupakan suatu hal yang memalukan buat Najib, yang dalam masa yang sama memegang jawatan sebagai pengerusi lembaga penasihat dana itu untuk membantu menjadikan Kuala Lumpur sebagai hab kewangan.

“Kemudian, The Wall Street Journal melaporkan bahawa hampir $ 700 juta telah dipindahkan ke akaun bank peribadi Perdana Menteri dari keluarga diraja Arab Saudi, yang menyebabkan beberapa siri siasatan.

“Identiti pemberi kuasa dan sebab bagi derma itu tidak pernah didedahkan, tetapi ia mencetuskan permintaan supaya Najib berundur dan menimbulkan keraguan tentang komitmennya kepada negara.

“Selepas tujuh bulan, penyiasat berkata pada Januari bahawa mereka telah mendapati tiada bukti salah laku oleh Najib,” kata FinanceAsia.

Krisis tersebut telah membuatkan Malaysia kehilangan beberapa pelabur kerana pelabur khuatir dengan keadaan ekonomi negara.

“Menurut pelabur asing Moody, ia telah menarik lebih kurang RM24.5billion ($ 5.83billion) dari negara ini pada suku ketiga tahun 2015. Nilai ringgit juga menyusut sebanyak 19% tahun lepas kepada paras terendah sejak tahun 1997.

“Tugas utama untuk Najib adalah sama ada dia boleh menguruskan langkah bagi mengurangkan defisit belanjawan KDNK kepada 3.1% pada tahun 2016 daripada 3.2% pada tahun 2015 dalam menghadapi kelembapan selanjutnya dalam pertumbuhan ekonomi China dan harga minyak yang rendah.

“Najib menyatakan matlamatnya adalah untuk mengimbangi ekonomi pada tahun 2020, yang mana adalah mustahil untuk dijalankan bagi sebuah negara yang telah mengalami defisit sejak 1998.

“Sebagai tindak balas kepada kejatuhan harga minyak dan eksport yang kurang, Perdana Menteri mengumukan pengubahsuaian bajet 2016. Pelan asal menganggap purata harga minyak adalah AS$ 8 setong, lebih daripada 50% di atas paras semasa. Bajet yang diubahsuai itu menetapkan harga minimum minyak setong berjumlah AS$ 25.

Bagi membantu mengurangkan pergantungan pada hasil eksport minyak, kerajaan memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan(GST) pada bulan April.

Malaysia juga menyertai Perjanjian Perdagangan Trans-Pasifik(TPPA) yang diketuai Amerika Syarikat pada bulan Oktober tahun lalu bagi mendapatkan akses yang lebih besar ke pasaran baru.

FinanceAsia berkata, bagaimana Najib boleh meningkatkan reputasi Malaysia masih belum dapat dilihat, tetapi sebelum itu beliau mesti bersedia untuk memikirkan rancangan bagi menangani masalah defisit bajet di kala kelemahan luaran yang sedang terus menerus memberi kesan kepada hasil kerajaan.



No comments