Terkini

Gajah Sesat Mengamuk Rempuh Rumah Dan Kereta

Seekor gajah liar mencetuskan kegemparan apabila mengamuk di pekan Siliguri, Bengal, di timur India dengan merosakkan rumah, merempuh rumah dan kereta hari ini.


Gajah Sesat Mengamuk Rempuh Rumah Dan Kereta

Namun, ketika gajah yang ketakutan itu mengamuk, orang ramai berkumpul melihat kelakuannya dari jauh termasuk dari beranda dan atas bumbung, malah ada yang mengikut gajah itu dari belakang.


“Gajah itu ketakutan dan cuba mencari jalan pulang ke dalam hutan,” kata seorang penduduk, Papaiya Sarkar, 40.

Gajah betina itu tersesat dari hutan di Baikunthapur, menyeberang jalan dan satu sungai kecil sebelum memasuki pekan Siliguri dan pihak berkuasa percaya ia terpisah dari kumpulannya serta mencari makanan.

Gajah itu tidak menyerang manusia tetapi kelihatan takut dan selepas beberapa jam, haiwan itu ternyata gagal mencari jalan pulang ke hutan.

Pihak berkuasa menembak pelali dan menggunakan kren mengangkatnya ke dalam lori sebelum dibawa ke pejabat jabatan hutan. Haiwan itu akan dibebaskan ke hutan selepas ini.

Sumber: Harian Metro



No comments