Terkini


“Gelaran Diberi, Sangat Mengguris Hati Kami”

SEREMBAN: “Gelaran anak cacat yang sering dilemparkan masyarakat setempat terhadap anak kami, sangat mengguris hati kami.


“Gelaran Diberi, Sangat Mengguris Hati Kami”

Meskipun dia (anak) menghidap sakit saraf, tetapi mata dan telinganya masih berfungsi,” kata Adli Isham Abas, 38, mengenai anaknya, Ahmad Wafly, lima tahun, yang menghidap penyakit saraf sejak berusia empat bulan.

Ahmad Wafly menghidap penyakit itu secara mendadak hingga menyebabkan dia tidak boleh duduk dan hanya berbaring sepanjang masa.


Adli berkata, anaknya itu dilahirkan di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), di sini, dan normal seperti bayi lain, namun semuanya berubah sekelip mata ketika berusia empat bulan.

“Ketika itu, Wafly sedang bermain bersama sepupunya di ruang tamu dan secara tiba-tiba badannya menjadi lembik dan saya segera membawanya ke HTJ. Anak saya dirujuk kepada doktor pakar dan mengesahkan menghadapi masalah saraf, tetapi puncanya masih gagal dikesan.

“Anak saya memerlukan susu dan makanan khas serta vitamin yang perlu diberikan setiap hari dengan kos hampir RM3,000 sebulan,” katanya ketika ditemui di rumah ibunya di Rumah Rakyat Panchor, di sini, kelmarin. - Harian Metro



No comments