Gempa Bumi Runtuhkan Tebing Mercu Tanda Christchurch, New Zealand

WELLINGTON: Satu gempa bumi 5.7 magnitud melanda berhampiran Christchurch di New Zealand semalam, menyebabkan tebing runtuh ke dalam laut.


Gempa Bumi Runtuhkan Tebing Mercu Tanda Christchurch, New Zealand

Bagaimanapun, ia tidak menyebabkan kerosakan besar pada bandar raya itu yang musnah dalam gempa bumi pada 2011 hingga menyebabkan hampir 200 orang terbunuh.


Pusat gempa di pulau selatan New Zealand itu terletak 15 kilometer ke timur Christchurch dan sedalam 15 kilometer, menurut badan kajibumi negara itu, Geonet.

Agensi itu juga mencatatkan 40 gegaran selepas gempa.

Ia berlaku lapan hari selepas ulang tahun gempa 2011.

Polis berkata, tidak ada laporan mengenai kerosakan besar atau kecederaan serius.

Bagaimanapun, orang ramai dipindahkan dari beberapa bangunan atas alasan keselamatan.

Majlis Bandar Raya Christchurch berkata, tebing runtuh di beberapa kawasan sepanjang pantai.

- Harian Metro



No comments