Header Ads

  • Terkini

    Harimau yang dilanggar di LPT2 bukan terlepas dari zoo

    Kemaman – Jabatan Perhilitan Terengganu mengesahkan harimau belang yang dilanggar di kilometer 321.2 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) di sini, awal pagi semalam adalah haiwan liar dan bukannya terlepas dari zoo berdekatan.


    Harimau yang dilanggar di LPT2 bukan terlepas dari zoo

    Pengarah Perhilitan Terengganu, Mohd. Hasdi Husin berkata, berdasarkan bedah siasat terhadap harimau betina yang sedang bunting itu mendapati ia mati akibat kecederaan parah di kepala selepas dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV).


    “Harimau berkenaan adalah haiwan liar dan bukannya terlepas dari mana-mana zoo (Zoo Kemaman),” katanya kepada bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

    Harimau yang dilanggar di LPT2 bukan terlepas dari zoo


    Beliau berkata, siasatan lanjut untuk mengetahui mengenai latar belakang dan habitat harimau seberat kira-kira 100 kilogram itu akan dijalankan oleh Jabatan Veterinar dalam masa terdekat.

    Dalam kejadian kira-kira 1 pagi itu, harimau betina berkenaan cuba melintasi lebuh raya sebelum dilanggar sebuah MPV yang datang dari arah Kuala Lumpur menghala ke Kuala Terengganu. – Bernama



    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad