Terkini

“Hidup Ini Singkat, Berhenti Sebarkan Kebencian” - Pesanan TMJ

Hidup Ini Singkat, Berhenti Sebarkan Kebencian. Itualh pesanan DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor setelah beberapa insiden provokasi berlaku di kalangan penyokong bolasepak tanah air, kemudiannya dipaparkan dalam page laman sosial.


“Hidup Ini Singkat, Berhenti Sebarkan Kebencian” - Pesanan TMJ
“Hidup Ini Singkat, Berhenti Sebarkan Kebencian” - Pesanan TMJ (Gambar Johor Southern Tigers)
Kepada sesetengah page bolasepak termasuk page bolasepak negeri Johor, saya menyeru kepada anda agar hentikan provokasi. Bola sepak sepatutnya menyatukan rakyat dan masyarakat, bukannya memecahbelahkan rakyat. Saya dimaklumkan terdapat beberapa page bolasepak telah memaparkan video pegawai polis tidak membenarkan penyokong Selangor menyanyikan lagu mereka kerana mereka berada di Johor. Kemudiannya ramai penyokong Selangor serta sesetengah negeri yang tiada hiburan dan yang tidak ada kena mengena turut sama sibuk mula menyalahkan penyokong JDT. Saya hairan kenapa perkara kecil sebegini dijadikan isu oleh mereka yang penuh dengan hasad dengki dan sanggup gunakan apa jua cara yang mereka boleh untuk memanipulasikannya.


Kenapa pula ketika penyokong Selangor menyanyikan lagu negeri mereka dan 32,000 penyokong Johor termasuk saya berdiri menghormati lagu tersebut tidak diviralkan? Kenapa pula selepas perlawanan, saya bersalaman dengan penyokong Selangor dan memberi hormat kepada mereka tidak juga diviralkan? Tetapi dengan hanya satu kenyataan kurang bijak seorang pegawai polis, satu Johor dipersalahkan. Inilah kelemahan orang Melayu. Lebih suka tumpukan kepada perkara negatif berbanding yang positif. Saya tidak kesal dengan apa yang berlaku tetapi saya begitu kecewa dengan orang yang lebih suka memecahkan rakyat dari bangsa dan agama yang sama.

Hidup ini mudah. Lebih baik bekerja keras untuk menyara keluarga daripada membuang masa dengan sikap membenci. Ia tidak membawa anda ke mana-mana. Jadilah insan yang bermaruah. Usah jadi pengecut. Hidup dengan cara positif supaya anak-anak anda akan jadikan anda sebagai contoh bukannya sebagai ‘kaki komputer’ yang sering keseorangan dan pengecut. Saya seringkali mengajak sesetengah individu datang bertemu saya dan beritahu apa masalah mereka. Tetapi mereka tidak punya keberanian untuk berbuat demikian. Oleh itu, saya minta jasa baik Polis Diraja Malaysia untuk mengenal pasti individu individu ini, supaya saya boleh bersemuka dengan mereka dan menjadi pakar psikologi mereka bagi menanyakan apa masalah hidup mereka. Saya amat berminat untuk membuat kajian sama ada selepas mereka berjumpa dengan saya, jantina dan perwatakan mereka berubah atau tidak. Apa-apa pun semoga Allah memberkati anda.

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

LIFE’S SHORT. STOP SPREADING HATRED.

To some of the football pages including Johor football pages, I urge all of you to stop your provocations. Football should unite the people and communities, not divide them. I’ve been informed that there are some football pages sharing a video of a police officer telling Selangor fans not to sing their song because they were in Johor. Then a lot of Selangor fans and busybodies from certain states with no entertainment and nothing better to do begin to blame JDT fans. I’m amazed with how such a small matter can be willingly used by hateful people to manipulate people.


How come it did not go viral when Selangor fans sang their state anthem with 32,000 Johor fans including me standing up in respect? How come it did not go viral when I shook hands and bowed my head down to Selangor fans after the game as a sign of respect? But it took one policeman making a silly statement for the whole of Johor getting the blame. This is a weakness among the Malays. We like to focus on negative things rather than positive ones. I’m not upset with what happened. I’m just disappointed with some people with nothing better to do trying to divide the people of the same race and religion.

Life’s short. It’s better to spend more time working hard to feed your family than wasting it on spreading hate. It doesn’t get you anywhere. Be a man with dignity. Don’t be a coward. Live a positive life so that your children will look at you as an example and not a lonely and cowardly computer nerd. I ask the Royal Malaysian Police to identify these individuals so I can sit face to face with them and become their psycologist and ask them about their life problems. I am very interested to do a research whether these people will have change in character and gender after meeting with me. Regardless, may Allah bless you.

HRH Brigadier General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor

Sumber: Facebook JOHOR Southern Tigers


No comments