Ibu Campak Bayi Baru Beberapa Jam Dilahirkan Dari Tingkat 18

Bayi perempuan yang baru beberapa jam dilahirkan maut dicampak ibunya yang berusia 39 tahun dari tingkat 18 Flat Danau Kota, Setapak, dekat sini, pagi tadi.


Ibu Campak Bayi Baru Beberapa Jam Dilahirkan Dari Tingkat 18

Mayat bayi itu ditemui pada 8.30 pagi tadi oleh seorang seorang lelaki yang segera menghubungi pihak polis.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Mohd Roy Suhaimi Sarif berkata, bayi perempuan itu ditemui bersama uri dan parah di kepala.


“Hasil siasatan awal mendapati, bayi itu adalah anak kedua suspek dan dicampak dari balkoni rumahnya di tingkat 18.

“Suspek yang juga ejen hartanah ditahan di rumahnya yang dihuni bersama anak perempuannya berusia 5 tahun,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju, petang tadi.



Menurutnya, suspek kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur dan kes disiasat mengikut Seksyen 309B Kanun Keseksaan kerana membunuh anak selepas kelahiran.

Sumber: Harian Metro



No comments