Terkini

Ikan paus tiba-tiba muncul dan melompat dari lantai gimnasium sekolah

Bagaimana keadaanya jika seekor ikan paus muncul dan melompat dari lantai tempat anda berdiri, ia mungkin dilihat sesuatu yang mustahil tetapi sebenarnya situasi itu mampu diwujudkan dengan kepakaran teknologi terkini.


Ikan paus tiba-tiba muncul dan melompat dari lantai gimnasium sekolah

Situasi itu terjadi disebuah sekolah apabila pelajar-pelajarnya dikejutkan dengan kemunculan seekor paus dari lantai gimnasium sekolah mereka ketika pertunjukkan karya 7D Hologram dijalankan.


Memetik laporan Lostateminor, pertunjukan visual tersebut merupakan sebuah strategi pemasaran yang dilakukan oleh pakar teknologi Magic Leap.

Magic Leap dibangunkan oleh Rony Abovitz pada tahun 2011. Usaha mereka ialah ingin mengembangkan teknologi 7D hologram yang diyakini mampu untuk ‘dunia luar’ berinteraksi secara langsung dengan manusia.

Teknologi 7D Hologram merupakan sebuah penemuan teknologi untuk industri visual di masa depan. Dengan menggunakan citra 3D, gambar yang dijalankan dengan teknologi ‘retina display’ dapat menghasilkan objek kelihatan nyata dan seolah-olah wujud pada keadaan sebenar.

Sumber: Sinar Harian



No comments