Isu 1.5 Juta Bangla: Anak TPM tunggu Amran Fans di Mahsyar

Mungkin berang dengan 'serangan' yang ditujukan kepadanya, anak perempuan timbalan perdana menteri Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid berkata beliau hanya akan "menunggu" di Padang Mahsyar untuk bertemu pihak yang melakukan kesalahan terhadapnya.


Isu 1.5 Juta Bangla: Anak TPM tunggu Amran Fans di Mahsyar

Lebih menarik pihak yang dimaksudkan Nurulhidayah itu adalah pengendali sebuah akaun parodi yang pernah diadukan kepada Facebook sehingga menyebabkan ia gagal diakses untuk seketika.


Melalui status dimuat naik akaun Amran Fans, pengendalinya bertanya jika mereka boleh mencadangkan supaya Nurulhidayah bekerja sebagai jurujual, juruwang atau pelayan kedai makan.

Cadangan itu berkaitan kenyataan bapa Nurulhidayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang sebelum ini yang mencabar belia di Malaysia supaya melakukan 'kerja kotor' jika tidak mahu pekerja warga asing dibawa masuk.



Portal Malaysiakini semalam melaporkan Ahmad Zahid mencabar belia supaya menceburi "apa bidang yang ada pekerja asing" untuk diambil alih.

"Kita tolak pekerja asing," katanya merasmikan mesyuarat tahunan ke-32 Majlis Belia Selangor (MBS) di Shah Alam.




Ekoran ucapan itu, para hadirin kemudian menjerit "Setuju!".

Kata Ahmad Zahid golongan belia juga perlu mengambil alih pekerjaan di sektor perladangan, perkilangan tukang cuci.

Pengendali Amran Fans berkata, jika anak Ahmad Zahid itu sanggup bekerja seperti operator pusat khidmat panggilan, pasar raya atau seumpamanya barulah boleh dinilaikan rakyat negara ini malas atau tidak.

"Ni tak, buat uji kaji ikut sedap anak tekak. Lepas tu cakap nak bawak masuk 1.5 juta Bangladesh sebab rakyat malaysia malas.

"Bapak kau! Eh memang bapak dia pun. Huhuhu.." tulis Amran Fans.


Kenyataan itu dibalas Nurulhidayah yang menulis di Instagramnya: "Kak Long tunggu jer korangcari Kak Long nanti (walaupun Kak Long tak berpayung emas sebab TAK RELA BERMADU.. ha ha ha)."


Walaupun tidak berkenalan dengan pengendali Amran Fans di dunia ini, katanya, beliau akan berkenalan dengan mereka di Padang Mahsyar - merujuk kepada "pencipta dan penyampai serta penyebar fitnah terhadapnya.

"Seronok baca komen2 korang ni. Bagus. Sesuai dengan sel-sel otak yang tak berapa nak berhubung tu," tulisnya menggunakan akaun @deltanovzulu hari ini. - Malaysiakini


No comments