Isu Penghantaran 1.5 Juta Pekerja Bangladesh, IKHLAS adakan demo

Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS) mengancam untuk mengadakan demonstrasi di hadapan Kedutaan Bangladesh sebagai protes penghantaran 1.5 juta pekerja ke negara ini.


Isu Penghantaran 1.5 Juta Pekerja Bangladesh, IKHLAS adakan demo
Isu Penghantaran 1.5 Juta Pekerja Bangladesh, IKHLAS adakan demo
Presiden IKHLAS, Mohd Ridzuan Abdullah berkata, pihaknya memberi tempoh sebulan untuk kerajaan menarik balik keputusan dan jika gagal, demonstrasi itu akan diteruskan.

“Buat masa sekarang kita beri masa sebulan kepada kerajaan untuk mempertimbangkan perkara ini,” katanya dalam sidang media, hari ini.


Kerajaan Bangladesh baru-baru ini meluluskan draf perjanjian persefahaman (MoU) berhubung penghantaran 1.5 juta rakyatnya untuk bekerja di Malaysia.

Setiausaha Kabinet Bangladesh, Mohammad Shafiul Alam berkata, penghantaran pekerja warga Bangladesh akan dibuat melalui kaedah baharu iaitu sistem G2G Plus.

Mohd Ridzuan berkata, kemasukan pekerja Bangladesh itu akan menutup peluang pekerjaan rakyat tempatan.

“Jangan bagi alasan asyik orang Melayu sahaja malas. Hari ini orang Cina, India memang kerja pun memilih.

“Tapi dalam isu ini, IKHLAS lihat orang politik mengambil peluang dalam perkara ini kononnya nak buat program pemutihan PATI (Pendatang Asing Tanpa Izin), padahal pada masa yang sama nak bawa 1.5 juta,” katanya.

Katanya, kebanyakan rakyat tempatan tidak setuju dengan pengambilan pekerja dan kemasukan beramai-ramai rakyat Bangladesh ke negara ini.



No comments