Terkini

Isu Tarik Diri Daripada Berlakon Drama: Mia Ahmad Nafi Sudah Besar Kepala

Sebelum ini nama Mia Ahmad kecoh diperkatakan selepas beliau menarik diri di saat akhir untuk membintangi sebuah drama meskipun segala perjanjian sudah dibuat. Tindakan Mia itu dianggap tidak profesional dan menimbulkan pelbagai masalah kepada pihak produksi drama tersebut yang bertajuk Akad Ku Yang Terakhir terbitan Global Station.



Mula dikritik dan dihimpit pelbagai kontroversi, Mia akhirnya tampil menjelaskan perkara sebenar dan tidak mahu dirinya terus dipersalahkan.


Pihak mereka menawarkan projek ini sejak Disember lalu, namun sehingga hujung bulan lalu masih belum menjalani penggambaran.

Sebagai pelakon saya perlukan sesuatu yang lebih terjamin apatah lagi ketika ditawarkan drama itu saya belum menandatangi kontrak. Saya fikir sampai bila nak menunggu. Malah, saya sudah menolak banyak tawaran drama lain. Justeru, saya minta pihak pengurusan dapatkan kepastian projek itu akan diteruskan atau tidak.

Saya anggap isu ini selesai memandangkan pihak pengurusan sudah memakluman pihak terbabit Namun, apabila ia diperbesarkan sehingga diketahui umum, tidak adil pula rasanya. Pun begitu, saya tidak menyalahkan mereka. Dengan rasa rendah diri, saya mengakui kesilapan itu.

Mia Ahmad

Saya tidak mahu terus menerus memberikan kenyataan seolah-olah saya seorang yang betul. Saya sedia beralah dan jadikannya pengajaran.

Mia Ahmad

Sejak isu berkenaan timbul, ada pihak yang menganggap Mia sebagai pendatang baru dalam industri lakonan sudah besar kepala. Walaubagaimanapun, Mia tidak cepat melatah dan berharap perkara ini dapat diselesaikan secara baik.

Orang sekeliling menilai berdasarkan apa yang terjadi. Namun, apa daya saya untuk menghalang. Sepatutnya masalah ini boleh selesai dengan cara baik. Saya menghormati keputusan pihak pengurusan yang sudah pun memohon maaf. Kalau boleh saya tidak mahu perkara ini terus berpanjangan.


Artis dan pihak produksi akan sering berjumpa antara satu sama lain baik secara rasmi ataupun tidak, harapnya Mia Ahmad dapat mencari jalan penyelesaian. Tak mahu lah gaduh-gaduh dan berbalas kenyataan sahaja bukan?

Sumber Berita : Harian Metro


No comments