Header Ads

  • Terkini

    Kaki Kanak-Kanak 4 Tahun Tersepit Eskalator Di Lot 10

    KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak terpaksa menahan sakit hampir sejam selepas kakinya telah tersepit pada tangga eskalator pusat membeli belah Lot 10 semalam.


    Kaki Kanak-Kanak 4 Tahun Tersepit Eskalator Di Lot 10

    Kanak-kanak yang berusia empat tahun berkenaan dilaporkan mengalami kecederaan pada kaki kanannya.


    Ketika kejadian, kanak-kanak tersebut sedang menuruni kompleks berkenaan bersama ahli keluarganya ke tingkat bawah namun tiba-tiba kasut yang dipakainya tersepit dicelah eskalator berkenaan yang menarik sekali kakinya.

    Keluarga mangsa pada awalnya cuba mengeluarkan kaki kanak-kanak tersebut tetapi gagal.

    Kaki Kanak-Kanak 4 Tahun Tersepit Eskalator Di Lot 10
    Kaki Kanak-Kanak 4 Tahun Tersepit Eskalator Di Lot 10
    Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, seramai enam pegawai dan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 7.44 petang.

    “Kaki kanan mangsa tersepit pada celah dinding dan konveyor tangga bergerak itu,” katanya.

    Beliau berkata, selepas sejam pihaknya berjaya mengeluarkan kaki kanak- kanak itu sebelum diserahkan kepada ambulans untuk rawatan lanjut. – Siakapkeli.my





    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad