Kanak-Kanak Berbogel Kebuluran Dituduh Ahli Sihir

ABUJA, NIGERIA: Seorang kanak-kanak ditemui bogel dan kebuluran di jalanan selepas dituduh ahli sihir oleh penduduk tempatan sebelum diselamatkan pekerja bantuan kemanusiaan.


Kanak-Kanak Berbogel Kebuluran Dituduh Ahli Sihir

Gambar dimuat naik ke Facebook menunjukkan kanak-kanak itu yang kurus kering dan dinamakan Hope diberi minum air oleh pekerja kemanusiaan.


Pengasas Yayasan Bantuan Pendidikan dan Pembangunan Kanak-Kanak Afrika Anja Ringgeren Lovén yang memuat naik gambar berkenaan berkata: “Banyak yang saya lihat sepanjang tiga tahun di Nigeria. Banyak pengalaman tidak dikongsikan bersama anda kerana terlalu menyayat hati.

“Ribuan kanak-kanak dituduh ahli sihir dan kami melihat ramai budak diseksa, mati atau ketakutan.

“Saya berkongsi gambar ini untuk menunjukkan perjuangan saya, kenapa saya sanggup menjual semua harta dan berpindah ke tempat yang jauh terpencil.”

Katanya, Hope kini beransur pulih

“Si kecil ini amat tabah. Melihatnya bermain dengan anak saya sendiri menjadi antara pengalaman paling mengagumkan bagi saya,” katanya

- Harian Metro



No comments