Terkini

KEJAM, Berang isteri minta duit dapur, Lelaki bunuh anak dan cederakan isteri

KENINGAU: Seorang lelaki warga asing ditahan polis selepas membunuh anaknya berusia lapan tahun selain mencederakan isterinya, di sebuah rumah tidak bernombor di Kilometer 75 di Jalan Nabawan, di sini, pada pagi Rabu lalu.


Berang isteri minta duit dapur, lelaki bunuh anak dan cederakan isteri
KEADAAN mayat kanak-kanak yang tertiarap selepas dibunuh oleh bapanya
Dalam kejadian itu kira-kira jam 2 pagi, Rojas Jonvin, ditemui mati dalam keadaan tertiarap dengan kesan luka di bahagian badannya manakala isteri suspek Edwena Doca, 49, kini dirawat di Hospital Keningau akibat luka di perut dipercayai ditikam.

Difahamkan, sebelum kejadian suspek berasa berang sehingga berlaku pertengkaran selepas isterinya meminta duit untuk belanja dapur.


Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Douglas Taong, berkata bertindak atas maklumat, sepasukan polis bergegas ke lokasi kejadian dan berjaya memberkas suspek yang cuba melarikan diri.

Berang isteri minta duit dapur, lelaki bunuh anak dan cederakan isteri
SUSPEK diberkas polis di rumahnya ketika cuba melarikan diri
"Pemeriksaan lanjut di rumah menemui mayat seorang kanak-kanak lelaki dipercayai anak kepada suspek manakala isteri suspek dirawat di Hospital Keningau selepas berjaya menyelamatkan diri dan meminta pertolongan orang ramai.

"Siasatan awal mendapati, suspek dikatakan berasa marah selepas isterinya meminta duit gaji untuk belanja dapur," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau, di sini, sebentar tadi. Katanya, suspek turut didapati positif dadah jenis syabu selepas ujian air kencing. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Sumber- BH Online



No comments