Kembali Bergelar Isteri, Yatt Harap Perkahwinan Keduanya Berkekalan

Pelakon Yatt Hamzah selamat juruvideo iaitu Mohammad Zulfadhli Khiruddin, 26, dalam satu majlis akad nikah yang berlangsung di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Shah Alam semalam.


Kembali Bergelar Isteri, Yatt Harap Perkahwinan Keduanya Berkekalan

Pasangan berkenaan dinikahkan oleh Jurunikah masjid berkenaan Muhamad Sujak Dusuki dengan berwakil walikan hakim.

Yatt atau nama sebenarnya Haryati Hamzah, 36, menerima mas kahwin berjumlah RM300 manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.


BACA: Yatt Hamzah Selamat Bernikah Kali Kedua


Pengantin perempuan turut menyerahkan 11 dulang hantaran kepada pihak lelaki dan dibalas dengan sembilan.

Majlis yang berlangsung secara sederhana itu turut dihadiri oleh keluarga kedua-dua belah pihak dan kenalan rapat pasangan tersebut.

"Alhamdulillah semua sudah selesai dan bersyukur majlis pada hari ini berjalan lancar dan seperti mana pasangan lain saya turut berharap ikatan ini akan berkekalan sehingga akhir hayat," katanya seperti yang dilaporkan mStar online.

Yatt sebelum ini pernah berkahwin dengan Abdul Mutalib Shukor pada 29 Mac 2009 namun bercerai dengan talak satu pada 25 Ogos 2015.

Mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Suci Hanania Malika Abdul Mutalib,5.



No comments