Terkini

Kenyataan saya cukup jelas, Yatt Hamzah sewajarnya lebih faham natijah dan hukum bila guna nama Allah

Menjelang hari pernikahannya, Yatt Hamzah dan bekas suaminya, Abdul Mutalib Abdul Shukor, berbalas-balas kenyataan membabitkan bakal suaminya.


Kenyataan saya cukup jelas, Yatt Hamzah sewajarnya lebih faham natijah dan hukum bila guna nama Allah

Terbaharu, Abdul Mutalib sekali lagi menjelaskan, juruvideo, Mohammad Zulfadhli Khiruddin, 26, yang bakal mengahwini jandanya adalah orang ketiga yang menyebabkan keruntuhan rumah tangga beliau dan Yatt, tahun lalu.


“Kenyataan saya sebelum ini cukup untuk menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku. Beliau (Yatt) bagaimanapun, dengan menggunakan nama Allah, menafikannya. Sebagai seorang yang mempelajari ilmu agama yang luas, beliau sewajarnya lebih faham mengenai natijah dan hukum akibat tindakan terbabit.

BACA: Panas!!.. Bekas Suami Yatt Hamzah Dedah Punca Sebenar Perceraian


“Beliau mungkin boleh mengaburi mata masyarakat, tetapi bukan individu yang mengenalinya dan mengetahui hal sebenar, termasuk dirinya sendiri.

“Bagaimanapun, saya sudah memaafkan kesilapannya dan berharap rumah tangga yang bakal dibina akan bahagia ke akhir hayat. Saya berlapang dada menerima ketentuan qada dan qadar Allah,” katanya.

Mengenai tindakannya yang baru kini tampil bersuara, bapa kepada Suci Hanania Malikka itu berkata, ketika kemelut rumah tangga mereka berlaku, mereka lebih suka untuk merahsiakan apa yang terjadi.

Begitupun, penafian Yatt mengenai isu orang ketiga membuatkan beliau terpanggil untuk menjelaskan keadaan.


Katanya lagi, beliau berbuat begitu bukan dengan niat ingin membuka aib atau atas dasar cemburu, tetapi enggan bersubahat dalam perkara yang tidak benar dan seterusnya menghentikan kepura-puraan yang berlaku.

“Saya berharap tiada lagi isu selepas ini. Apa yang berlaku menjadi titik tolak untuk kami menerima ujian dan muhasabah diri masing-masing,” katanya.

Yatt atau nama sebenarnya, Haryati dan Abdul Mutalib, bernikah pada 29 Mac 2009 dan berpisah pada Ogos tahun lalu.

Sumber: BH Online


No comments