Kerana Cemburu Buta, Lelaki Hiris Payudara Isteri Sebelum Potong Zakar

KENYA: Kerana cemburu tanpa usul periksa, seorang lelaki telah bertindak menghiris payudara isterinya sebelum memotong alat sulitnya sendiri kerana menyangka wanita itu mempunyai hubungan sulit dengan abangnya.


Kerana Cemburu Buta, Lelaki Hiris Payudara Isteri Sebelum Potong Zakar

Dalam kejadian pada pukul 3 pagi itu, Duncan Moseti, 24, telah menyerang isterinya Margaret yang ketika itu sedang nyenyak tidur sebelum dia bertindak mengerat buah zakarnya yang kemudiannya dicampakkan keluar melalui tingkap.

Menurut Margaret, 20, dia tersedar dari tidur selepas mendapati dadanya sakit seperti ditoreh dengan pisau.

“Saya menjerit dan menolaknya ke tepi. Dia mengancam mahu bunuh bayi saya,’’ katanya yang kemudian melarikan diri untuk meminta bantuan daripada jiran.

Sekembalinya Margaret ke rumah itu, dia dan jirannya mendapati Duncan dalam keadaan terbaring dengan berlumuran darah.


Tambah Margeret, salah faham yang berlaku antara dia dan suaminya itu bermula selepas Duncan membawa isterinya berpindah ke rumah abang Duncan iaitu George, seminggu yang lalu.

Margaret memaklumkan Duncan pernah memberitahunya bahawa dia mendapat khabar bahawa Margaret curang dengannya.

“Dia suruh saya meninggalkannya dan mengahwini abangnya itu kerana dia lebih stabil dari aspek kewangan,’’ katanya.


Tambah Margaret lagi, Duncan pernah memberitahu bahawa dia akan melakukan sesuatu yang akan menyebabkan mereka menyesal.

George bagaimanapun menafikan dakwaan berkenaan dan menyatakan dia hanya membantu adiknya dengan membenarkan dia sekeluarganya menetap di rumahnya.

Sementara itu doktor memaklumkan, Margaret kini stabil manakala Duncan pula baru menjalani pembedahan bagi membina semula salur kencingnya.

Bagaimanapun alat sulitnya gagal disambung semula kerana dia mengambil masa yang lama untuk tiba di hospital. - Agensi



No comments