Terkini

Kerana Nasihatkan Pembuli, Pelajar Ini Menjadi Mangsa Belasahan

Seorang pelajar tingkatan dua terpaksa menerima lapan jahitan di bibir akibat dibelasah bertubi-tubi dengan kasut oleh tiga pelajar senior, di hostel sebuah sekolah berasrama penuh di Kuala Lumpur, awal pagi Sabtu lalu.


Kerana Nasihatkan Pembuli, Pelajar Ini Menjadi Mangsa Belasahan

Difahamkan, kejadian berlaku selepas mangsa yang baru memasuki sekolah tersebut awal tahun lalu dikatakan menasihati secara baik pembuli supaya menghentikan perbuatan tersebut kepada rakan di sekolahnya.

Kejadian hanya diketahui ibu mangsa apabila pihak hospital menghubunginya, bagi mendapatkan kebenaran dan tandatangan menjalankan pembedahan yang didakwa doktor berkemungkinan berisiko mengalami kecacatan kekal.


Bapa mangsa yang enggan identitinya diketahui umum berkata, kejadian dipercayai berlaku pada jam 12.20 pagi ketika kesemua pelajar lena tidur di asrama masing-masing.

Tiga pelajar senior berusia 16 tahun terbabit katanya, menyerbu asrama tempatnya anaknya tidur dan mengejutkan mangsa bangun sebelum dibawa satu lokasi berhampiran.

Di situ, anaknya dipaksa diam sebelum dipukul, ditendang dan ditumbuk bertubi-tubi termasuk menggunakan kasut.

Mangsa kemudian disuruh pulang ke asrama dan diugut tidak menceritakan perkara itu kepada sesiapa jika tidak mahu dipukul lagi.

Pensyarah di sebuah universiti tempatan itu berkata, kejadian hanya diadukan anaknya kepada warden selepas anak bongsu daripada dua beradik itu mengalami pendarahan teruk dan tidak dapat menahan kesakitan.

“Yang saya kesal sekolah langsung tak hubungi masa kejadian, saya hanya tahu bila isteri terima panggilan daripada pegawai perubatan minta kami datang ke hospital tandatangan surat kebenaran pembedahan kerana anak cedera dan lukanya perlu dijahit.

Bapa mangsa berkata, pihak sekolah hanya menghubunginya kira-kira jam 5 petang dan yang dihairankan pihak itu pula bertanya kepadanya apa yang berlaku.

Pihak sekolah kemudian memberitahu anaknya mengalami kecederaan kerana terjatuh dari tangga dan terpaksa mendapat rawatan di Unit Kecemasan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Beliau kesal kejadian buli yang berlaku di asrama penuh Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) menyebabkan anaknya masih trauma sehingga kini.


“Anak saya sebelum ini pernah beberapa kali cuba dibuli namun menyatakan tidak mahu berkompromi dengan jenayah tersebut,” katanya laporan di Balai Polis Salak Selatan.

Kejadian dakwanya dikatakan bukan pertama kali, beberapa pelajar lain termasuk pelajar perempuan pernah turut dibuli namun takut untuk mengadukan perkara itu kepada pihak sekolah kerana diugut.

Sumber: Sinar Harian


No comments