Keretapi Bertembung, Lapan Maut, Ratusan Yang Lain Cedera

BERLIN, JERMAN: Sekurang-kurangnya lapan maut, manakala 100 lagi penumpang tercedera apabila dua kereta api penumpang bertembung di tenggara Jerman semalam.


Keretapi Bertembung, Lapan Maut, Ratusan Yang Lain Cedera

Menurut jurucakap polis, kira-kira puluhan penumpang lagi mengalami kecederaan serius berhubung kemalangan tersebut.

“Jumlah kematian ketika ini ialah lapan orang, 55 kritikal, 40 mengalami cedera serius dan sejumlah 100 orang cedera ringan,” katanya seperti yang dipetik menerusi portal tersebut.

Ratusan ahli pasukan penyelamat bertungkus-lumus menyelamatkan penumpang dari lokasi kejadian yang terletak berhampiran Bad Aibling, sebuah bandar rekreasi dan spa kira-kira 60 kilometer dari Munich.

Beberapa gerabak dilaporkan terbalik dan polis kini sedang menyiasat punca berlakunya situasi berkenaan. - Sinar Harian



No comments