Terkini


Kes belasah warga Pakistan, Polis ambil tindakan terhadap Papagomo

SUBANG JAYA: Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata polis akan mengambil tindakan terhadap penulis blog Papagomo yang didakwa menyerang seorang pekerja warga Pakistan kerana melakukan gangguan seksual terhadap dua adik perempuannya bersama dua orang rakan mereka.


Kes belasah warga Pakistan, Polis ambil tindakan terhadap Papagomo

Papagomo atau nama sebenarnya Wan Azri Wan Deris dilihat menampar, menumbuk dan menendang seorang pekerja warga Pakistan dalam video berdurasi empat minit yang menjadi viral.

BACA: Video abang belasah pekerja Pakistan kerana buat gangguan seksual terhadap adik perempuan


Wan Azri mendakwa pekerja itu melakukan gangguan seksual terhadap dua adik perempuannya bersama dua rakan.

Noor Rashid berkata sama ada atau tidak laporan telah dibuat berhubung kejadian itu, beliau berpendapat kes tersebut menjejaskan kredibiliti polis dan tindakan perlu diambil terhadap Wan Azri.

“Saya belum melihat video tersebut. Namun sama ada warga asing atau penduduk tempatan, kita semua tertakluk kepada undang-undang. Jika anda memukul seseorang, jika anda mendatangkan kemudaratan kepada seseorang, anda telah melakukan kesalahan dan kita akan ambil tindakan.

“Kita tidak boleh memukul orang sesuka hati. Mereka perlu mengikut undang-undang. Mereka perlu terima pengajaran,” katanya.

Papagomo turut mengugut pekerja berkenaan dan memberitahu dia tidak mahu melihat pekerja itu lagi di lokasi tersebut, yang tidak dikenal pasti.

Dia kemudiannya memberitahu penyelia kepada pekerja asing terbabit sambil mengancam akan memukul pekerja itu lagi sekiranya enggan berbuat demikian.

Papagomo turut memuat naik video berkenaan di halaman Facebook Sir Azri bagi memperjelaskan tindakannya menyerang pekerja berkenaan pada 29 Januari lalu.

Video tersebut meraih lebih sejuta tontonan (view) dikongsikan lebih 24,000 kali.

Malah, Papagomo turut mempertahankan tindakannya tersebut dengan menegaskan mana-mana lelaki akan melakukan perkara sama jika berada di tempatnya.

“Sesiapa pun yang bergelar abang atau suami ataupun ayah pasti akan melakukan pekara yang sama dengan apa aku buat.

“Gangguan seksual tidak boleh diterima sama sekali dalam kehidupan masyarakat bukan sahaja di Malaysia malah seluruh dunia,” katanya.



No comments