Kuih Bahulu Berbentuk Alat Kelamin Lelaki Dijual Di Langkawi?

Kuih Bahulu Berbentuk Zakar Dijual Di Langkawi? GAMBAR seolah-olah seorang gadis mempromosikan kuih bahulu berbentuk kemaluan lelaki tersebar di media sosial sejak pagi hari ini.


Kuih Bahulu Berbentuk Alat Kelamin Lelaki Dijual Di Langkawi?
Kuih Bahulu Berbentuk Alat Kelamin Lelaki Dijual Di Langkawi?
Laman Facebook Friends of PDRM juga terus kongsikan sebuah gambar wanita berhijab yang dilihat memegang kuih bahulu berbentuk kemaluan lelaki itu dipercayai dijual di sebuah premis di Langkawi.


Menurut perkongsian tersebut, kuih bahulu itu dijual dengan harga RM4 sebatang dan dikatakan turut dipasarkan secara atas talian bagi mereka yang mengimpikannya.

BACA: Sosej Berbentuk Lucah Buat Peniaga Di Jonker Walk Rasa Malu

Namun kesalnya apabila netizen memberi kritikan hebat kerana tidak menyangka di Malaysia yang terkenal dengan budaya ketimuran dan sopan santun pun boleh wujud makanan berbantuk kemaluan lelaki seperti ini.

Kuih Bahulu Berbentuk Zakar Dijual Di Langkawi?
Gambar Sumber Facebook Friends of PDRM
“Kenapa la buat bntuk double meaning camtu.. tak ada bentuk lain ke.. tak malu ke? Nanti kang wanita punye pun di buat gak” kata pengguna Facebook Farah Shahzaliana.

Pemilik akaun Robert Bert turut meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan menjual makanan berbentuk zakar berkenaan.

“Rezeki yang dikurniakan oleh Allah kepada kita jangan la disalah gunakan, jika kita bersyukur Allah akan tambah jika kufur azab Allah amatlah pedih, berkat ke makanan yg dimakan sebegitu nak baca bismillah pun tak boleh, jadi tergolong la kita dikalangan orang-orang yg rugi. Jauhkan lah dari perbuatan sebegitu.” katanya.

Jika di Eropah dan negara-negara barat, makanan berbentuk kemaluan sememangnya telah lama bertapak di pasaran, jadi adakah kita juga ingin menyerap budaya barat ke dalam jiwa rakyat? – MNH



No comments