Lelaki Dipukul, Disamun Di Lebuh Raya

Johor Baharu – Seorang lelaki ditemui dalam keadaan cedera di kepala dipercayai akibat disamun di Kilometer 26.8, Lebuhraya E22 Senai Desaru awal pagi Selasa.


Lelaki Dipukul, Disamun Di Lebuh Raya

Pemangku Ketua Polis Daerah Seri Alam DSP Norazam Shaari yang mengesahkan kejadian itu berkata mangsa ditemui lebih kurang 7.15 pagi tadi oleh pekerja Lebuhraya E22 yang sedang membuat rondaan.


“Mangsa didapati terbaring di tepi jalan dalam keadaan cedera dan berlumuran darah di bahagian kepala,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini, lapor Bernama.



No comments