Header Ads

  • Terkini

    Lelaki Maut, Ibu Dan Adik Cedera Parah Kemalangan Di Dungun (6 Gambar)

    DUNGUN,  — Seorang lelaki maut manakala ibu dan adik perempuannya cedera parah apabila kereta dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan sebuah pacuan empat roda di Km67, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan dekat Kampung Batu Tiong, di sini semalam.


    Kemalangan Di Dungun

    Wan Mohd Khairuddin Wan Mohamed, 35, disahkan meninggal dunia sejam selepas menerima rawatan kecemasan di Hospital Dungun.


    Dalam kejadian kira-kira 10.30 pagi itu, tiga beranak terbabit yang berasal dari Selangor dipercayai dalam perjalanan ke Kuala Terengganu untuk menghadiri majlis perkahwinan saudara mereka.

    Kejadian dipercayai berlaku apabila kereta Perodua Myvi yang dipandu adik Wan Mohd Khairuddin, Saadiah, 20, bertembung Toyota Hilux dipandu Muhammad Hafizuddin Ramli, 23, yang datang dari arah Kuala Terengganu.

    Saadiah dan ibunya Salbiah Hussin, 56, kini dirawat di hospital sama manakala Muhammad Hafizuddin hanya cedera ringan.

    Kemalangan Di Dungun

    Kemalangan Di Dungun

    Kemalangan Di Dungun

    Kemalangan Di Dungun

    Kemalangan Di Dungun


    Sementara itu Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri Supt Kamaludin Mohamad ketika dihubungi Bernama mengesahkan kemalangan itu.

    — BERNAMA





    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad