Lokasi Pesawat CN235 TUDM Di Kuala Selangor, Dikawal Ketat

KUALA SELANGOR: Lokasi pesawat pengangkut milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), CN235, mendarat cemas di kawasan paya bakau di Kampung Assam, di sini, dikawal ketat.


Lokasi Pesawat CN235 TUDM Di Kuala Selangor, Dikawal Ketat

Hasil tinjauan BH mendapati semua pihak tidak berkenaan, termasuk penduduk sekitar, dilarang untuk memasuki kawasan terbabit, malah media juga tidak dibenarkan membuat sebarang liputan.

Pintu utama untuk memasuki kawasan berkenaan juga turut dikawal.


Sementara itu, sumber berkata, kawasan terbabit kini sedang dibersihkan oleh anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan difahamkan semua barang yang ditemui akan diangkut keluar selepas mendapat arahan.

Katanya, sehingga petang tadi, hanya satu keping dipercayai dinding pesawat yang sudah berjaya dibawa naik ke darat.

"Semua anggota yang terbabit dalam proses pembersihan ini terdiri daripada anggota TLDM dan mereka memulakan operasi sejak pagi tadi.


"Semalam, anggota ini sudah membuat penandaan lokasi dan barangan berkaitan. Kami hanya menunggu arahan daripada pihak atasan untuk membawa barangan ini ke darat seterusnya ke pangkalan," katanya kepada BH, di sini, hari ini.

Sumber berkata, Pasukan Khas Udara (PASKAU) turut memantau dari kawasan darat terutama ketika air pasang bagi memastikan kedudukan semua barangan berkaitan pesawat CN235 tidak berubah. - Berita Harian


No comments