Lori ikan terbalik, orang ramai berpesta kutip 'rezeki' bertaburan atas jalan, longkang

Kelindan lori membawa muatan ikan, Aznizul Ikhwan Azman, 25, parah selepas kenderaan itu terbalik di Jalan Kota Bharu-Kuala Krai berdekatan Sungai Durian di sini, jam 8 pagi semalam.


 Lori ikan terbalik, orang ramai berpesta kutip 'rezeki' bertaburan atas jalan, longkang

Aznizul Ikhwan tersepit di tempat duduk penumpang manakala pemandu lori, Amrajani Mat Jusoh, 23, selamat. Aznizul Ikhwan kemudian dibawa ke Hospital Kuala Krai untuk rawatan.


Lori terbalik, orang ramai berpesta kutip ikan yang bertaburan atas jalan dan longkang

Kejadian turut menyebabkan hampir 2.5 tan ikan dianggarkan bernilai RM9,000 bertaburan di jalan dan longkang berhampiran.

Orang ramai yang berada di lokasi kejadian turut dilihat mengutip ikan berkenaan selepas diizinkan oleh Amrajani.

Amrajani berkata, bekalan ikan itu diambil dari Thailand untuk dijual di pasar borong Guchil di sini.

Sumber : Metro



No comments