Terkini


Mahkamah Rayuan batal hukuman mati 149 ahli Ikhwanul Muslimin

KAHERAH, Jumaat – Mahkamah Rayuan membatalkan hukuman mati yang dikenakan ke atas 149 tertuduh – kebanyakannya ahli Ikhwanul Muslimin yang diharamkan rejim Al-Sisi – yang didakwa atas kesalahan membunuh pegawai polis dalam kekacauan yang berlaku tiga tahun lalu.


Mahkamah Rayuan batal hukuman mati 149 ahli Ikhwanul Muslimin

Mahkamah itu juga dilaporkan mengarahkan semua tertuduh dibicara semula atas dakwaan menyebabkan 13 anggota polis terbunuh pada 14 Ogos 2013 lalu – hari yang sama di mana polis menembak mati ratusan penunjuk perasaan di ibu kota Mesir.

Ratusan penunjuk perasaan, terutama ahli Ikhwanul Muslimin dan penyokong bekas presiden yang digulingkan Mohamad Morsi, ditangkap dalam rusuhan itu dan kebanyakannya dijatuhi hukuman mati melalui siri perbicaraan besar-besaran yang dijalankan bermula Februari tahun lalu.


Mahkamah juga menjatuhi hukuman mati ke atas 37 tertuduh tanpa kehadiran mereka di mahkamah. Bagaimanapun, mereka tidak akan menyerah diri untuk menghadapi perbicaraan semula itu.

Setakat ini, tujuh tertuduh sudah menjalani hukuman mati berikutan kekacauan sejak Morsi digulingkan, termasuk enam yang terbabit dengan gerakan militan.

Tiga tahun lalu, pihak tentera diketuai Jeneral Abdel Fattah al-Sisi menggulingkan Morsi yang dipilih secara demokrasi, sebelum bertindak mengharamkan Ikhwanul Muslimin. – Agensi



No comments