Terkini


MasyaAllah, Masih Hidup Walaupun Kepala Tertusuk Besi Binaan

Mumbai – Seorang buruh binaan mencipta keajaiban kerana masih hidup walaupun kepalanya ditembusi sebatang besi sepanjang lebih dua meter.


MasyaAllah, Masih Hidup Walaupun Kepala Tertusuk Besi Binaan

Kejadian berlaku ketika Mohammad Guddu, 24, berkerja di sebuah tapak pembinaan, di sini apabila sebatang besi di tingkat atas terjatuh dan menimpanya.


Impak yang kuat menyebabkan besi itu tercacak dan menembusi sehingga ke belakang kepala Mohammad.

Pekerja yang lain terkejut melihat Mohammad menjerit kesakitan dan berada dalam keadaan sedar walaupun besi menembusi kepalanya.

MasyaAllah, Masih Hidup Walaupun Kepala Tertusuk Besi Binaan

Mohammad kemudian dikejarkan ke hospital dan doktor berjaya mengeluarkan besi itu selepas menjalani pembedahan selama dua jam.

Pakar bedah yang mengetuai pembedahan itu, Dr Batuk Diyora berkata, ia satu keajaiban kerana Mohammad masih hidup walaupun mengalami kemalangan yang mengerikan.

“Ia satu pembedahan yang sukar dan dia sangat bernasib baik kerana besi itu tidak mengenai bahagian otak yang penting,” katanya.

Cerita-Cerita dan Gambar Lain Tentang TERTUSUK:
1: Berpantang maut, lelaki masih bernyawa kepala tertusuk anak panah
2: Ngeri! Parang 'Terbang' Ketika Menebas, Tertusuk 5sm Di Kepala
3: Warga emas nyaris maut tertusuk Jeriji Besi di ketiak tembus ke bahu
4: Ngeri! Gadis 17 Tahun Terjatuh Dan Tertusuk 3 Batang Besi Di Badan
5: Ngeri! 5 Gambar Lelaki Masih Hidup Selepas Kepala Tertusuk Besi
6: Ngeri! Pemandu Lori Tertusuk Dahan Pokok Dan Masih Bernyawa
7: Lelaki 'Ajaib', Masih bernyawa walaupun leher tertusuk 2 batang besi


Menurutnya, Mohammad mengalami lumpuh sementara di bahagian kiri badannya, tetapi dia dijangka sembuh sepenuhnya dalam tempoh beberapa bulan.



No comments