Terkini

Mayat Lelaki Warga Malaysia Ditemui Terapung Di Sungai Golok

PASIR PUTEH: Seorang lelaki ditemui mati dengan kesan kecederaan di bahagian kepala di percayai dibunuh di Sungai Golok berhampiran Pengkalan Klinik di sini pagi tadi.


Mayat Lelaki Warga Malaysia Ditemui Terapung Di Sungai Golok

Mayat mangsa yang lengkap berpakaian ditemui terapung di dalam sungai berkenaan oleh penduduk sekitar jam 11 pagi tadi.

Mangsa dikenali sebagai Azami Mohamed, 38, berasal dari Kampung Pasir Kelang Baru, Kuala Krai.


Kes berkenaan dikendalikan oleh pihak berkuasa Thailand kerana mayat berkenaan ditemui dalam kawasan Thailand.


Mayat Lelaki Warga Malaysia Ditemui Terapung Di Sungai Golok


Mayat warga negara Malaysia itu dipercayai dibunuh di tempat lain dan dibuang di sungai berkenaan.

Dokumen penting termasuk kad pengenalan, kad bank dan sebagainya turut ditemui bersama mangsa.

Mayat mangsa kini ditempatkan di Hospital Sungai Golok dan siasatan dilakukan oleh pihak berkuasa Thailand. -Awani



No comments